Wednesday, October 12, 2016

Welcome to the club Mommies!

Teruja nya Mama apabila dengar khabar kawan Mama dah bersalin anak sulung. Gembiranya hati seorang ibu kan, dapat menatap wajah anak yang selama ni dalam perut je. Mama kalau bab baby baru lahir ni, memang mama teruja. Hehehe... Bau babies ni kan wangi. Dan selalunya ucapan yang diterima adalah, welcome to the club... Ha, kelab apa agaknya, kelab tak cukup tidur salah satunya. 

Untuk mommies yang baru melahirkan kat luar sana, Mama nak nasihatkan sikit je. Ni daripada pengalaman Mama sendiri la kan. Nasihat Mama yang pertama, jangan terus-terus nak ambil jamu. Sebab jamu ni panas. Memang elok untuk orang dalam pantang, tetapi kita kena ingat, baby yang baru kita lahirkan tu, sangat la sensitif dan fragile. Salah satu kesannya ialah prolonged jaundis. Kesian kat anak kan kalau dapat kuning berpanjangan ni. Sesetengah orang bagi alasan, biasa lah kuning. Semua baby kena. Kalau kena kuning ni sekejap okay lagi mommies, kalau lama-lama, kesian tau. Efek otak anak-anak sehingga besar. Mama cakap ni pun sebab Mama dengar penerangan daripada nurse-nurse masa Mama bersalin dulu. Nanti kalau anak dah besar, jangan la menyesal kalau anak tu, lambat dari segi pembelajaran dan sebagainya. Itulah kesan jaundis jika dibiarkan. 

Nasihat Mama yang kedua, bagi la susu badan ye untuk anak-anak kita. Tuhan dan ciptakan seorang ibu itu istimewa. Jadi kita mesti gunakan keistimewaan tu untuk kebaikan anak-anak kita. Kesian anak-anak kalau tak disusukan dengan susu ibu. Sebab susu ibu bukan boleh nak dapat setiap masa. Pengalaman Mama dulu, kalau menyusu badan ni lagi best. Sebabnya, kalau anak nak menyusu, kita pun kena masuk bilik, sama-sama baring dengan anak kan. So, dapat berehat juga kan. Heheheheh... Kalau nak berjalan ke mana-mana, tidak perlu kita siapkan bakul susu, air panas, air masak dan sebagainya. laju aje Mama diapkan diri, siapkan baby, dahhhh... Boleh jalan terus. 

Kalau mommies kat luar sana nak supplement untuk diri sendiri, untuk anak-anak atau untuk suami, mak dan ayah, bole pm atau wasap Mama. Mama sedia menolong yang mana sesuai untuk anda semua.

Nieda
0122504899

MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA : OMEGAGUARD

Regular customer mama selalu sebut Omega Shaklee jer. Kalau yang belum biasa dengan produk-produk Shaklee, mesti taktau Omega Shaklee ni untuk apa. Mama dulu sebelum kenal dengan Shaklee, pernah juga belikan untuk anak-anak Mama minyak ikan yang dijual di farmasi-farmasi. Bukan nak kata produk lain tak bagus, cuma dalam segala benda akan ada yang terbaik nya. Betul tak? Hehehe...

Sebab apa ramai yang kata Omegaguard adalah minyak ikan terbaik? Ha.... ni antara sebabnya ye:-

  • Shaklee Omegaguard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara matahari terbit, Jepun.
  • Ianya bukan dari minyak hati ikan.
  • Tiga kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan
  • Minyak Ikan paling tulen yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dalam proses penghasilan
Manfaat utama Omegaguard:-

  • Membekalkan asid lemak-Omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.
  • Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  • Mencegah penyakit saluran darah tersumbat dan strok.
  • DHA dan EPA dapat menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melindirkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
  • Mencegah penyakit Alzheimer.
  • Memelihara penglihatan dan pendengaran.
  • Mencegah migrain.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
  • Dapat menentang kanser.
  • Memelihara fungsi sendi.
  • Mencegah insomnia.
Banyak lagi tau kelebihan dan kebaikan Omega Guard Shaklee ni. Kalau siapa dah cuba, mesti akan teruskan pengambilan. Seisi keluarga boleh amalkan.

Cepat-cepat whatsapp mama 0122504899. Bulan Oktober 2016 ni offer Omega Guard. Mama bagi harga best untuk yang baru nak cuba. 

Tips Agar Anak Tidak Degil

Mendidik anak di zaman moden sekarang sangat lah mencabar dari segi rohaniah dan jasmaniah. Sebagai ibu bapa, kita sendiri dapat melihat kelainan jati diri kanak-kanak zaman sekarang berbanding dengan zaman kita dahulu. Tambahan pula dengan adanya anasir-anasir luar yang sangat kuat seperti lambakan gajet, rancangan-rancangan televisyen yang kurang berbentuk ilmiah dan juga kekangan masa ibu bapa sendiri untuk bersama anak-anak dalam kehidupan seharian.

Oleh hal yang demikian, terdetik kadangkala di hati ibu bapa kerisauan apabila anak-anak mula menunjukkan sifat-sifat degil, keras kepala atau membantah percakapan atau suruhan daripada ibu bapa. Di sini saya kongsikan sedikit tips yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa agar anak-anak menjadi anak yang mendengar kata dan tidak melawan kata-kata ibu bapa.


JANGAN TERLALU BANYAK MELARANG TANPA ALASAN

Sebagai ibu bapa, sememangnya kita menginginkan hanya yang terbaik untuk anak-anak. Akan tetapi, kadangkala cara dan tindakan kita membuatkan anak-anak yang bersifat ingin tahu, melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ibu bapa. Lazimnya, kita akan melarang anak-anak melakukan sesuatu secara am sahaja. Ini membuatkan anak-anak merasakan bahawa, larangan tersebut hanya untuk menghentikan perbuatan mereka. Hal ini adalah kerana ibu bapa jarang sekali meletakkan sebab musabab mengapa hal atau perkara tersebut tidak boleh dilakukan.

Di sini lah letaknya kepandaian kita sebagai ibu bapa dalam menerangkan kenapa dan mengapa sesuatu perkara tersebut tidak boleh dilakukan. Apabila kefahaman berjaya diberi kepada anak-anak, mereka tidak akan melakukan hal yang dilarang tersebut.

JANGAN TERLALU MENURUT KEHENDAK ANAK-ANAK

Seperti yang telah disebut tadi, anak-anak zaman sains dan teknologi sekarang bukanlah sama sepertimana kita zaman 80an dan 90an. Terdapat banyak perkara di zaman sekarang yang boleh menarik anak-anak ini menjadi degil. Anak-anak sekarang juga kebanyakannya outspoken dan berkehendak dengan perkara-perkara yang dipunyai oleh rakan-rakannya.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu pandai memainkan peranan. Tidak semua kehendak anak perlu dituruti sekalipun anak-anak kita cerdik pandai dalam pelajaran. Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam dunia serba mencabar sekarang ini. Ibu bapa perlu pandai menilai samada sesuatu yang diminta oleh anak-anak, adakah ianya perlu, adakah ianya sesuai untuk usia anak-anak kita, adakah dengan menggunakannya anak-anak terdedah kepada perkara-perkara negatif? Sekiranya ianya suatu keperluan penggunaan sesuatu gajet atau benda tersebut perlulah dipantau oleh ibu bapa.

MASA ITU EMAS

Bak kata pepatah, masa itu emas, begitulah perlunya sebagai ibu bapa, kita meluangkan masa kepada anak-anak. Tiada istilah sibuk atau tiada masa untuk anak-anak. Anak-anak adalah cerminan diri kita di hari tua nanti. Jangan nanti apabila kita di usia emas, anak-anak pula yang memberi alasan sebegitu kepada kita.

Seandainya kesuntukan masa di hari-hari bekerja, luangkan sedikit masa di hujung minggu untuk dihabiskan bersama anak-anak. Tunjukkan kepada anak-anak bahawa mereka amat berharga kepada anda sebagai ibu bapa dan anda bahagia mempunyai mereka sebagai anak-anak.

JAUHKAN PERKATAAN TIDAK ELOK KETIKA MARAHKAN ANAK

Sebagai ibu bapa, adalah perkara biasa seorang ibu atau bapa memarahi anak-anak sekiranya melakukan sesuatu yang tidak patut. Akan tetapi, memarahi anak-anak dengan cara yang kurang berhemah akan membuatkan anak-anak melawan dalam diam. Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak kita melawan kata-kata kita yang mahukan mereka menjadi yang terbaik.

Sebagai ibu bapa, cuba untuk tidak memarahi anak-anak dengan perkataan yang akan mengguris hati dan perasaan anak-anak. Juga jangan dimarahi anak-anak di hadapan orang lain, walaupun adik beradiknya sendiri. Teringat saya satu cerita, seorang pakcik yang marahkan anak-anaknya, akan membawa anak-anaknya seorang demi seorang berjalan-jalan sambil makan aiskrim. Dan ketika itulah pakcik tersebut menegur perbuatan salah yang tidak patut dibuat oleh anak-anaknya.

Walaupun anak-anak kita muda daripada kita, bukan bermaksud kita boleh memarahi mereka sesuka hati kita, tanpa memikirkan air muka mereka.

BERDOA DAN BERDOA

Doa adalah perkara yang sewajarnya diamalkan oleh semua ibu bapa. bukan sahaja supaya anak tidak degil, tetapi juga merangkumi hidup anak-anak kita sehingga ke akhirnya. Oleh yang demikian, jadikanlah mendoakan anak-anak sebagai rutin harian kita. Amalkan mendoakan anak-anak ketika mereka tisur, membacakan alfatihah setiap malam, dan ditiupkan di ubun-ubun kepala mereka.

Semoga anak-anak kita menjadi generasi yang bahagia dan membahagiakan kita, ama ada di dunia ataupun di akhirat sana nanti.

Untuk kecerdasan dan kesihatan anak-anak, jangan abaikan juga vitamin serta makanan berkhasiat untuk mereka. Nak tau vitamin untuk anak-anak anda? Untuk kesihatan optimum anak-anak anada, Shaklee ada jalannya.