Friday, December 28, 2012

Pahala Seorang Ibu

Assalamualaikum pembaca-pembaca blog mamadeeni. Salam Jumaat untuk kalian semua. di penghulu segala hari ni, saya nak share sedikit ilmu untuk kita bersama.


  • Kalau wanita menyusui anaknya cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang membawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya.
  • Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat 'satu pahala' daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, dia akan peroleh pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  • Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan beri satu pahala haji.
  • Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberinya 12 tahun pahala ibadat.


Besarkan ganjaran yang Allah janjikan untuk kita sebagai wanita, isteri dan ibu. Oleh itu, bersabarlah dalam apa jua keadaan (berpersan kepada diri sendiri juga). Semoga kita sama-sama mendapat ganjaran pahala daripada Allah dan menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Thursday, December 27, 2012

Risau HB Rendah???

Anda hamil? HB rendah? Saya pernah lalui situasi begini. Setiap kali nak pegi check-up kat klinik, berdebar-debar nak tunggu result HB. Kenapa HB rendah ni bahaya? Apa kesan buruk yang akan terjadi kalau HB kita rendah ketika hamil?

HB ataupun nama penuhnya Hemoglobin ialah sel di dalam darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengalami anemia iaitu kekurangan HB di dalam sel darah merah, Tisu di dalam seluruh badan akan kekurangan oksigen dan tubuh badan menjadi kurang bertenaga. Untuk wanita hamil pula, kekurangan HB adalah bahaya kerana seorang ibu hamil bukan sahaja memberi zat kepada badannya sendiri tetapi juga kepada janin di dalam kandungan.

Antara kesan-kesan apabila HB rendah adalah seperti berikut:-


  • Letih
  • Lemah-lemah badan
  • mudah pengsan atau pitam
  • Pucat
  • Loya-loya selalu
  • Sakit kepala dan pening
  • Jantung berdegup laju


Anemia sangat bahaya kepada ibu hamil kerana boleh menyebabkan:-


  • Tumpah darah semasa bersalin
  • Keguguran
  • Bayi lahir pra-matang
  • Tekanan darah tinggi (eklampsia atau pre-eklampsia)
  • Kematian ibu semasa melahirkan
  • Kematian bayi 
  • Bayi lahir kurang berat badan


Sebab tu lah, kalau ibu-ibu hamil pegi check-up bulanan tu, asyik kena bebel jer dengan nurse.

Oleh yang demikian, untuk elakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku, baiklah kita cegah dari awal kehamilan. Jom baca tetimoni sahabat kita yang berpuas hati untuk pelaburan beliau, untuk ibu dan anak dalam kandungan.


Untuk yang ingin bertanyakan atau mendapatkan stok anda, boleh emel saya di adinzaf@yahoo.com.sg atau sms/call ke 0122504899 atau like page mamadeenis dan boleh PM saya di situ :)


Beringin Homestay

Ni nak promo homestay... heheheh. Jom tengok rumahnye dulu.


Homestay ni kat Taman Beringin, Pekan Changlun, Kedah. Jadi, sangat dekatlah dengan tempat-tempat seperti berikut:-

  • Jitra - 15 minit
  • Bukit Kayu Hitam - 15 minit
  • Universiti Utara Malaysia - 15 minit
  • Politeknik Pauh - 15 minit
  • UITM Arau - 25 minit
  • Kangar - 30 minit
  • Jeti Kuala Perlis - 15 minit


Antara kemudahan yang ada kat Homestay ni:-

  • Lengkap dengan peralatan rumah seperti dapur gas, mesin basuh, peti ais, pinggan mangkuk, meja makan, dan lain-lain
  • 3 bilik tidur - Bilik tidur utama dilengkapi katil king size dan air-cond



                  - 2 bilik tidur lagi dengan katil queen dan katil single


 

  • 2 bilik air
  • Ruang tamu dengan sofa dan televisyen



  • Tempat letak kereta muat untuk 2 biji kereta
  • Satu malam RM160 - potongan istimewa untuk tempahan lebih daripada 1 malam.

Berminat?

Hubungi:-
Haji Abdul Ghani : 012-4058468
Hajjah Khairiyah : 012-4263099








Wednesday, December 26, 2012

Milk Booster Mudah

Salam petang semua pembaca,

Awal bulan Disember aritu seorang sahabat saya ingin mencuba Set B, untuk penyusuan ibu. Setelah 2 minggu, saya bertanyakan tentang hasilnya. Alhamdulillah, hasilnya seperti yang diharapkan. Tetapi, haha.... Ada tapinya. Sahabat saya mengatakan bahawa dia susah untuk menelan vitamin-vitamin tersebut dan akhirnya hanya memilih untuk mengambil Alfalfa sebagai Milk Booster. Alhamdulillah walaupun hanya mengambil Alfalfa, hasilnya tetap mengujakan. 

Untuk ibu-ibu diluar sana, jika anda susah untuk menelan pil-pil atau vitamin-vitamin yang pelbagai jenis, anda masih boleh memperkayakan susu dengan nutrien dan khasiat juga memperbanyakkan susu dan juga stok untuk anak tersayang. Bagaimana caranya?




Hanya dengan ESP dan Alfalfa, anda sudah boleh berbangga kerana dapat menyusui anak anda dengan susu ibu yang mencukupi. Ibu-Ibu yang tidak mahu mengambil terlalu banyak pil, tetapi ingin memperbanyakkan supply susu kepada bayi tersayang, juga disarankan mengambil 2 milk booster ini. 

Mengikut pengalaman saya sendiri, selepas minum ESP, anak saya tidak terlampau kerap menyusu. Jika sebelum pengambilan ESP, kadangkala setiap setengah jam, bayi akan mula merengek. Tetapi selepas pengambilan ESP, paling kurang selepas 2 jam barulah bayi akan minta disusukan lagi. Ini memberi peluang susu kembali penuh dan bayi akan kenyang dalam jangkamasa yang lama selepas disusukan. 

Apakata kita tengok testimoni pengguna lain pulak.


In Shaa Allah, dengan niat yang murni, Allah akan makbulkan hasrat kita untuk menyusukan anak seperti saranan agama dan juga dari segi kesihatan.

Untuk yang ingin bertanyakan atau mendapatkan stok anda, boleh emel saya di adinzaf@yahoo.com.sg atau sms/call ke 0122504899 atau like page mamadeenis dan boleh PM saya di situ :)

Saturday, December 22, 2012

Kebaikan dan Kelebihan Vitamin B-Complex

Assalamualaikum dan selamat pagi... Salam Sabtu semua...Hari ni rasa nak kongsi tentang kelebihan dan kebaikan vitamin B-Complex kepada tubuh badan kita. Antara fungsi Vitamin B adalah menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan menjaga sistem saraf di dalam tubuh badan kita secara menyeluruh. Vitamin B perlu diambil selengkapnya iaitu 9 jenis kesemuanya untuk mendapat faedah yang optimum untuk tubuh badan kita.

Apa akan jadi kalau kita kekurangan Vitamin B:-

  • Stress
  • Letih
  • Kebas-kebas tangan dan kaki
  • Gemuruh
  • Lesu
  • Murung dan seangkatan dengannya
Sebenarnya sumber Vitamin B ada dalam pemakanan seharian kita seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin. Walau bagaimanapun, makanan tersebut yang asalnya tinggi dengan zat-zat dan vitamin, telah melalui pelbagai proses yang menyebabkan kandungan nutrien dalam sumber-sumber tersebut hilang ataupun rosak.

Selain daripada itu juga, pencemaran, pengambilan ubat, dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan lagi, vitamin B adalah jenis vitamin yang larut di dalam air yang menyebabkan ianya hilang dari tubuh melalui peluh dan air kencing.

Kenapa Vitamin B penting untuk tubuh badan kita? kalau mengikut kefahaman senangnya, saya memang mengamalkan pengambilan vitamin B Complex untuk keprluan harian. Sebabnya, kalau saya meninggalkan Vitamin B Complex, badan saya memang akan letih dan lesu, kalau boleh balik kerja nak rehat je.

Secara saintifiknya, Vitamin B Complex ni dapat:-
  • Membantu mengelakkan sawan, epilepsi dan membantu mengelakkan keletihan dan ketagihan kepada sesuatu makanan
  • Diperlukan untuk mencegah anemis kerana ia membantu pembentukan darah dalam badan kita
  • Vitamin B terlibat dalam penghasilan tenaga dan seterusnya dapat mengelakkan kemurungan dan stress. Ia terkenal sebagai nutries anti-tekanan
  • Membina rambut yang sihat dan dapat mencegah uban
  • Membantu mengekalkan fungsi otak, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut serta otot di dalam usus gastro.
  • dapat membantu merawat alergik, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung dan hiperaktif;
  • dan banyak lagi untuk kebaikan tubuh badan.
Dengan erti kata lain, Vitamin B Complex adalah keperluan tubuh badan yang tak boleh diambil mudah.


Di samping kelebihan dan kebaikan yang disenaraikan di atas tadi, ada juga kelebihan lain yang kita sendiri akan rasa apabila kita consume vitamin B Complex ni.

Jangan tunggu lagi, dapatkan stok anda sekarang. Untuk reply yang cepat, sms/call 0122504899 atau untuk yang lebih selesa berFB, klik button My Facebook kat bawah ni, then PM saya kat fb.

Harga memang mampu milik dan anda akan berpuas hati dengan resultnye. :)





Friday, December 21, 2012

Collagen Powder Shaklee

Serbuk Kolagen Shaklee merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuklah ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillius acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Ianya mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda.



Cepat sape nak cantik dan sihat, PM saya untuk harga istimewa. Call/sms ke 0122504899 atau klik Button My Facebook kat bawah ni, then PM saya untuk sebarang persoalan.


Thursday, December 20, 2012

Didiklah anak menjadi anak yang soleh

Assalamualaikum... Jadi ibu bapa ni, bukan lah perkara yang mudah. Sebab kita menanggung amanah daripada Allah dan dipertanggungjawabkan untuk memberi yang terbaik untuk mereka di dunia dan seterusnya di Akhirat.

Oleh sebab tu, saya nak share sket carta aliran mendidik anak-anak ni. [Kredit : Ustaz Zahazan Mohamed]


Semoga anak-anak kita menjadi insan yang berguna kepada kedua ibubapanya, keluarga, agama, bangsa dan negara... Amin...

Wednesday, December 19, 2012

Slimming Set untuk Ibu Menyusu

Sebelum ni saya ada cite2 skit pasal nak kurus... Tapi Set yang saya share masa tu untuk wanita dan lelaki secara umum ya. Kali ni nak cerita skit set kurus kan badan untuk ibu-ibu yang menyusukan baby. Selalunya kalau ibu-ibu yang menyusu ni (termasuklah saya) mesti akan tertanya-tanya, kalau ambik set kurus ni, anak yang kita susukan tu jadi kurus jugak ke?? Risau pulak hati ye dak?

Kalau untuk ibu menyusu, vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu-ibu sekalian ialah ESP + Alfalfa + Lecithin. Moh kita baca dulu testimoni ni.


Ha...memang rugi kalau tak cuba. 20kg bukan sikit tau. 


Ni lah dia set tu. Untuk ibu menyusu, ESP dan Alfalfa juga adalah milk booster yang dapat membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat. Bukan saja dapat kurus, malah dapat susu yang berkhasiat untuk baby. 2 dalam 1 lah kiranya. Tapi kalau nak dikirakan, bukan 2 dalam 1 je, ESP sangat banyak kelebihannya. Boleh klik sini untuk baca kelebihan ESP ni untuk tubuh badan kita.

Jadi, sape2 yang nak rebut peluang ni dengan harga yang istimewa, boleh sms/call saya di 0122504899 ataupun emel ke adinzaf@yahoo.com.sg ataupun klik button My Facebook kat bawah ni, then PM saya kat situ.

* Konsultasi percuma untuk anda dengan setiap pembelian. 


Tuesday, December 18, 2012

Chewable Vita-C 100mg

Assalamualaikum... Memandangkan Sustained Release Vita-C 500mg takde stok sekarang ni, saya nak kongsi tentang kebaikan Chewable Vita-C 100mg. Dah namanya pun Vitamin C kan, fungsi yang dibawa adalah sama seperti Sustained Release Vita-C 500mg, cumanya kalau kita ambil Chewable Vita-C 100mg ni, untuk dewasa kena lah consume banyak sket iaitu antara 3-5 biji untuk memenuhi keperluan tubuh badan kita. Jom kita baca sket tentang Chewable Vita-C ni.


Cantik jugak kan botol Chewable Vita-C Plus ni...hijau gitew. Kalu selama ni dok beli botol biru, jom kita pelbagaikan, beli hijau pulak :). Sebenarnya saya suka tengok design botol Shaklee ni, cantikkk.

Jadi, jangan lah taknak ambik Vitamin pulak yer, memandangkan Sustained Release Vita-c 500mg tu takde. Chewable ni pun sangat2 ok. Kalau yang taknak Vita-C ni, saya ada alternatif lain juga... PM saya kalau nak order 0122504899.

Berita Terkini - Sustained Release VITA-C Plus not available until April 2013

Ngeh ngeh... Nak share dengan anda semua...Pening pale memikirkan bila la Sustained Release Vita C Plus Shaklee ni nak ada stok. Sekali dapat notification ni dari Company... Bulan April 2013 baru stok Vita-C plus ni akan ada.


Tapi jangan risau, walaupun Vita-C Plus ni takde, Shaklee ada Chewable Vita-C yang mempunyai fungsi yang sama. Di samping tu juga, saya ada solution lain untuk menggantikan Vita-C Plus ni, yang mana fungsi dan peranannya adalah sama. Jadi jangan risau ye, walaupun Vita-C Plus ni takde, anda tetap mendapat kebaikan daripada vitamin-vitamin Shaklee yang lain.

Monday, December 17, 2012

Kebaikan dan Kelebihan ESP

Assalamualaikum... 

Inilah produk hot Shaklee yang sentiasa mendapat permintaan daripada customer. ESP atau nama penuhnya Energising Soy Protein mengandungi 22 jenis asid amino dan 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. ESP ini mengandungi hanya kacang soya non-GMO iaitu ianya tidak diubah secara genetik  yang diproses di bawah suhu rendah. Setiap 1kg ESP adalah bersamaan dengan 30kg kacang soya dan inya terbukti adalah sebagai booster segera untuk tenaga kepada tubuh badan kita yang dapat bertahan selama berjam-jam. 

Antara kelebihan protein kacang soya ialah:-

  • Ianya 2x lebih daripada daging
  • Ianya 4x lebih daripada telur
  • Ianya 12x lebih daripada susu
  • Rendah lemak
  • Rendah kolestrol
  • Mudah diserap oleh badan manusia



Antara kebaikan Energising Soy Protien Shaklee ini adalah:-


  • Memperbaiki Daya Ingatan dan Memori
  • Pemberi Tenaga segera
  • Membuatkan kulit Anjal dan Berseri-seri
  • Memulihkan Pigmentasi
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
  • Awet Muda
  • Menyokong Imunisasi tubuh badan
  • Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
  • Membantu menghilangkan parut
  • Mengawal kesihatan Jantung
  • Menganjalkan payudara
  • Memberi rasa kenyang yang dapat memudahkan penurunan berat badan

Dan Banyak lagi...

Jom kita tengok pulak pengalaman mereka yang telah mengambil ESP ni... Daripada testimoni kat bawah ni, banyak sangat kelebihan dan kebaikan ESP yang saya tak tersenarai kat atas ni. Setiap orang akan merasa kelainan selepas mengambil ESP ni...


Sentiasa bertenaga kan... takde la longlai jer.


ESP pun boleh diambil dengan vitamin-vitamin yang lain untuk kesan yang lebih bagus... ESP sendiri dah bagus, kalau diambil dengan set-set yang lain, akan memberi kesihatan yang sangat baik.


Bukan setakat dalaman, ESP pun boleh digunakan untuk masker pada muka.


Banyak sangat kan kesan yang positif daripada ESP Shaklee ni. Jom la try. PM saya untuk dapatkan ESP anda. Boleh call/sms ke 0122504899 ataupun kepada yang suka dan mudah berfb, klik button My Facebook kat bawah ni, then boleh la PM saya kat situ. Boleh juga emel ke adinzaf@yahoo.com.sg. Harga menarik menanti anda. 








Sunday, December 16, 2012

Khas untuk Wanita

Perkataan cantik sebenarnya subjektif dari segi pengertian. Sesetangah orang mengatakan cantik adalah dari segi pandangan luaran, manakala ada yang lebih mementingkan cantik dalaman. Tapi, kan bagus kalau cantik luaran dan dalaman diselarikan...

Untuk wanita, Set F atau dikenali dengan nama Feminin set sangat sesuai diambil dan diamalkan. Sebagai wanita, kita mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dan berat, tambahan pula wanita yang sudah berumahtangga. Stamina dan kesihatan mesti dijaga. 

Set F ni mengandungi Vitamin E dan Alfalfa. Antara kelebihan vitamin-vitamin ni ialah untuk:-
  • Kecantikan dalaman
  • Merapatkan hubungan suami isteri dan menambahkan keintiman
  • Awet muda
  • Vitamin E bertindak sebagai agen anti penuaan, antioksodan
  • Alfalfa berfungsi sebagai pembaikpulih kesihatan dalaman, perapat, menghilangkan keputihan dan melancarkan haid.

Untuk wanita-wanita yang mementingkan kecantikan dalamna dan luaran, mesti cuba vitamin ni. Tak rugi sebab ianya memang keperluan tubuh badan kita. Kepada yang bajet juga, sms/call saya. Anda juga boleh dapatkan set F ni. Call/sms ke 0122504899 atau klik button My Facebook kat bawah ni, then PM saya di FB.

Saturday, December 15, 2012

Berpantang : Moden v. Cara Lama

Kalau kita cakap bab berpantang, mesti kita terbayang cara berpantang ikut cara melayu kita kan... bertungku, bertangas, param di dahi dan macam2 lagi... Sebenarnya berpantang cara lama amatlah bagus dan badan kita akan rasa selesa dan ringan selepas abis berpantang. dari segi fizikal kita memang tidak menyangkal, berpantang cara lama amatlah perlu untuk badan kita kembali sihat seperti sebelum bersalin. 

Akan tetapi, bila sampai ke bab penyusuan bayi dan pemakanan jamu atau ubat-ubatan tradisional, kadangkala membuatkan kita terpaksa berkorban untuk tidak mengambilnya sebab bayi mengalami kuning/jaundis. Saya sendiri ketika melahirkan anak, tidak mengambil jamu-jamu yang dibeli memandngkan keadaan bayi yang mengalami jaundis dan bayi lelaki saya juga kekurangan G6PD. Ketika ini, sesudah mengenali Shaklee, saya terfikir alangkah baiknya kalau saya mengenali Shaklee sejak dulu lagi kan...

Sebabnya, dengan Shaklee, ibu-ibu yang berpantang boleh mendapatkan kesihatan yang baik dan memulihkan kembali tubuh badan ke tahap kesihatan yang sangat baik. 

Set berpantang Shaklee atau dikenali dengan Set C ni mengandungi Vitamin C, Zinc, Vitamin B-Complex dan juga Multivitamin. Pengambilan Vitamin untuk berpantang ini tidak terhad untuk di dalam pantang sahaja sebab vitamin-vitamin ini adalah keperluan badan kita sepanjang masa. Antara kelebihan vitamin Shaklee untuk ibu-ibu berpantang ialah tiada kesan cirit-birit kepada bayi, boleh diambil walaupun anak mengalami jaundis/kuning dan dapat membantu mengurangkan keguguran rambut oleh ibu-ibu selepas melahirkan.

Untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan, boleh la PM saya kalau nak set bersalin Shaklee ni. Call/SMS ke 0122504899 ataupun klik button My Facebook kat bawah ni, then PM saya kat situ. 

Untuk yang bajet, jangan segan-segan, anda boleh dapatkan juga dengan harga mampu milik. 

Friday, December 14, 2012

Untuk Kesihatan Optima

Assalamualaikum dan salam sejantera... Hujan lagi kat luar ni :) Musim hujan orang kaitkan dengan kesihatan yang kurang memuaskan... Oleh sebab tu, harini rasa terpanggil nak kongsi tentang Set A vitamin Shaklee.

Set A ni mengandungi 3 jenis vitamin iaitu Multivitamin (Vitalea), Vitamin B Complex dan juga Vitamin C. Sebenarnya vitamin-vitamin ni kita perlu untuk mengukuhkan kesihatan yang baik dan menjauhkan diri kita daripada jangkitan-jangkitan penyakit yang ada di persekitaran kita. Contohnya musim-musim hujan macam ni, ramai yang terkena batuk dan selsema... In Shaa Allah dengan mengambil vitamin secara konsisten, kita dapat mengelakkan diri daripada mendapat penyakit tersebut. 

Sakit kepala 

Asyik mengantuk jer...

Set A ni sesuai untuk semua lapisan manusia yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga, serta ingin mengekalkan kesihatan di tahap yang optimum.

Kalau tanya saya siapa yang perlu mengambil set ni, ini jawapan saya:-
  • Lelaki
  • Wanita
  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu
  • Warga Tua
  • Pelajar
  • Individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • Individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • Individu yang stress dan mudah mengantuk
  • Pelajar yang ingin meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk di dalam kelas, ketika belajar dan sebagainya
  • Individu yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Kalau diamati senarai kat atas ni, mungkin kita termasuk salah satu daripadanya kan... Untuk meningkatkan produktiviti dan kecergasan kita, apakata kita amalkan pengambilan vitamin ni.

Apa ditunggu lagi, PM saya untuk harga istimewa. Harga yang ditawarkan, memang mampu milik. Call/SMS ke 0122504899 ataupun, bagi yang selesa nak berFB, klik button My Facebook kat bawah ni, then PM saya kat situ. 

Anda bajet??? Jangan risau, saya faham, dan boleh bantu anda. Kesihatan mesti diutamakan.

Tuesday, December 11, 2012

Supplement untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak lebarkan sikit tentang set untuk ibu-ibu mengandung. Entri sebelum ni dah penah cerita pasal set untuk ibu-ibu mengandung...Klik kat sini untuk lebih lanjut 

Oleh sebab nutrisi untuk ibu mengandung sangat penting, jadi ibu-ibu mengandung diluar sana, jangan ambik mudah tau. Jom kita baca sikit pengalaman ibu-ibu mengandung yang dah amalkan vitamin-vitamin daripada Shaklee ni.


Doktor pun dah cakap ok kan...dah namanya pun vitamin, supplement untuk diri ibu dan anak dalam kandungan.


So, ibu-ibu mengandung diluar sana (dan yang bakal mengandung, hehehhe) apa lagi. Dapatkan vitamin keperluan anda dan bayi dalam kandungan.

Sesiapa yang berminat nak dapatkan vitamin ni, boleh call/sms ke 0122504899 ataupun klik kat button My Facebook kat bawah ni, then PM je saya kat situ...Mudah saja. 

Anda Bajet? Saya ada sediakan trial pack yang mampu dimiliki oleh anda.

Sunday, December 2, 2012

Susu Meriah, Anak Kenyang, Ibu Gembira, Dapat Pahala

Ibu-ibu menyusu mesti nak susu banyak kan... Tambahan kalau bercita-cita nak menyusukan bayi sampai berumur 2 tahun, sepertimana yang disarankan di dalam agama Islam. Banyak pahala boleh dapat (di samping duniawi, ukhrawi kena kejar juga :))

Sebenarnya harini nak share satu lagi testimoni ibu yang gembira susunya meriah... Jom baca!


Pukul 6 pagi sampai pukul 4 petang boleh dapat banyak macam tu kan... Kita yang baca pun rasa gembira.

Contact saya cepat ibu-ibu yang nak susu meriah macam ni. Kalau anda bajet pun, still boleh dapat susu meriah. Sms ke 0122504899 atau emel ke adinzaf@yahoo.com.sg atau klik button My Facebook kat bawah ni, then PM saya kat situ.

Saturday, December 1, 2012

Untuk Ibu-Ibu Mengandung

Assalamualaikum,


Harini nak share sikit pasal vitamin untuk ibu-ibu yang mengandung. Sebenarnya vitamin sangatlah perlu untuk badan kita, sebab ia membantu memberikan zat yang mana kita tak dapat atau kurang daripada pengambilan makanan harian. Maklumlah kadang-kadang kita makan pun tak seimbang zat-zat di dalam makanan.

Untuk ibu mengandung, tersangatlah perlu untuk ambil supplement sebab supplement tu bukan untuk ibu sahaja malahan untuk baby tersayang di dalam kandungan kita tu... Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, ada 6 vitamin yang sangat-sangat diperlukan oleh tubuh badan ibu dan juga bayi dalam kandungan. 



  • Asid Folik
  • Kalsium dan zat besi
  • Vitamin B-Complex
  • Vitamin C
  • Lemak
  • Flourine
Sebenarnya vitamin-vitamin di atas terkandung di dalam makanan seharian kita. TETAPI disebabkan kita mengandung, kita memerlukan zat dan vitamin tersebut lebih daripada biasa kerana tubuh badan kita dan pembentukan janin yang sihat memerlukannya untuk jumlah yang besar. Disebabkan dari pemakanan tidak mencukupi, kita disarankan untuk melengkapkan kehamilan dengan vitamin-vitamin.

Dengan Shaklee, ibu-ibu mengandung boleh mendapatkan vitamin-vitamin tersebut mengikut fasa kehamilan. Untuk Trimester Pertama iaitu kehamilan 0 hingga 12 minggu, vitamin yang perlu diambil ialah:

  1. Multivitamin (Vita-Lea)
  2. B-Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix (Kalsium)
Pengambilan asid folik dan obimin tidak perlu lagi kerana asid folik terkandung di dalam Vitamin B-Complex dan obimin terkandung di dalam Vita-Lea.

Bagi fasa kehamilan kedua iaitu Trimester Kedua dan Trimester Ketiga, ibu-ibu hamil masih perlu mengambil 4 jenis vitamin di atas dan ditambah dengan Omega Guard iaitu minyak ikan. 

Dengan pengambilan vitamin-vitamin di atas, In Sha Allah, kesihatan ibu dan anak akan berada di tahap optimum dan dapat mengurangkan rasa letih dan penat ketika hamil.

Anda bajet??? Saya ada cara untuk anda. Hubungi saya segera.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh emel saya di adinzaf@yahoo.com.sg, sms di 0122504899 ataupun klik button My Facebook di bawah dan PM saya di situ.