Thursday, September 19, 2013

Mudahnya Nak Kurus!!!

Kiri ke kanan? :)

Betul ke mudah? Mesti persoalan ni terngiang-ngiang di kepala kan...

Jom kita tengok apa kata pengguna-pengguna yang tegar dengan Shaklee ni:-


Dengan hanya mengamalkan Alfalfa Complex dan Lecithin sahaja, berat badan boleh turun. Boleh percaya ke?

Ni pulak antara kesan bila kita ambil Lecithin dan Alfalfa Complex. Tak mustahil la berat badan boleh kurus kan, sebab sistem pembuangan tubuh badan kita akan lebih terurus. 

Antara fungsi utama Alfalfa Complex Shaklee ni adalah dapat membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol dalam badan kita. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa complex ini akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Manfaat utama Lecithin pula adalah berfungsi untuk pemecahan lemak dan kolestrol kerana Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah. Ianya juga dapat membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh kita.

Selain daripada itu, Lecithin juga adalah untuk pelangsingan badan. Ianya dapat menghalang obesiti dan pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Daripada fungsi yang dinyatakan di atas, jelas dan nyata kedua-dua vitamin ini bukan sahaja dapat membantu melangsingkan badan, tetapi juga untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan yang diinginkan. Pengurangan kolestrol juga sudah tentu mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik.

Berminat untuk mencuba?

Call/sms saya di 010-2966449;
Emel saya di mamadeeni@gmail.com;
Add FB saya Faznida Abdul Ghani
Like fanpage saya Mamadeeni's

Konsultasi percuma dan berterusan untuk pelanggan saya.















Sunday, September 15, 2013

Slim dengan Shaklee

Dah lepas raya ni, ramai yang risau sebab berat badan naik. Insya Allah bulan depan, umat Islam akan sambut Raya Haji aka Raya Korban pulak kan. daripada berat badan terus menerus naik, boleh la try produk Shaklee untuk mengawal berat badan. 

Istimewanya Shaklee ni, untuk ibu-ibu menyusu pun ada set slimming. Jadi janganlah risau kalau anda menyusu, dan inginkan berat badan yang ideal, saya boleh bagi panduan. Secara amnya, set slimming Shaklee ni ada beberapa produk seperti senarai di bawah:-

1) Untuk Detox

Untuk mendapatkan kesan yang diingini, kena la detox dulu badan kita. Detox ni adalah proses membuang segala toksin, lemak-lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus kita.Apabila dah bersih, barulah mudah untuk badan kita menyerap nutrien-nutrien berzat untuk keperluan tubuh badan pada tahap yang optimum.

Terdapat 2 pilihan untuk proses detox, iaitu Alfalfa Complex ataupun Herb-Lax.


 Sekiranya anda mengalami masalah sembelit, Herb-Lax adalah pilihan yang sesuai untuk detox. Tetapi sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan, tidak digalakkan mengambil Herb-Lax kerana bimbang berat bayi tidak bertambah.

Bagi yang tidak mempunyai masalah sembelit, boleh lah mengambil Alfalfa Complex.










2) Menyahkan lemak-lemak

Untuk membuang lemak-lemak yang telah didetox oleh Herb-Lax/Alfalfa Complex di atas, tubuh kita memerlukan Lecithin ataupun Omega Guard. Kedua-duanya memberikan fungsi yang sama. Akan tetapi harganya berlainan. Yang tinggi harganya, lebih cepat la kesannya :)

 Omega Guard ni mempunyai fungsi lain juga selain daripada menguruskan badan. Antara kebaikan Omega Guard adalah:

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memelihara fungsi sendi dan mengurangkan sakit sendi
  • DHA di dalam Omega Guard ini penting untuk kecerdasan otak. Sebab tu ibu-ibu mengandung di trimester ketiga digalakkan untuk mengambil Omega Guard ini. Nanti anak yang bakal lahir, Insya Allah bijak.
  • Meningkatkan sistem imun badan; dan lain-lain lagi. Nanti saya sharekan kebaikan dan kelebihan lain Omega Guard ini ye.


Lecithin yang juga dikenali sebagai "pengemulsi semulajadi" kerana ianya mempunyai kesan untuk melekat dengan lemak. Oleh itu, lemak-lemak akan terapung di dalam darah dan mudah dinyahkan dari badan dan tidak melekat pada membrane. Lecithin amat diperlukan untuk badan yang sihat, tetapi badan kita tidak menghasilkannya. Oleh yang demikian, perlulah kita mengambil supplement ini supaya badan kita dapat mengawal lemak-lemak yang tak diperlukan oleh tubah badan.




3) Protein

Untuk protein juga, ada dua pilihan.

ESP ni sesuai diambil oleh ibu yang menyusukan. Jangan ambil Cinch ye. Tambahan lagi, ESP ini dapat membantu penghasilan susu badan.
Bagi yang tidak menyusukan, bolehlah try Cinch Shake ni. Ada 3 perisa pilihan iaitu Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate. 








Insya Allah, dengan gabungan 3 jenis produk di atas, anda boleh mendapatkan berat badan yang ideal. Jom kita tengok pengguna-pengguna yang dah try produk ni.



Berminat nak cuba? Sila hubungi saya di:
Call/Sms - 0102966449
Emel - mamadeeni@gmail.com
Add FB saya untuk chatting terus dengan saya Faznida Abdul Ghani
Like Fanpage saya untuk update-update terbaru Mamadeeni's





Family Wellness Set - Keperluan Untuk Kesihatan Keluarga

Secara keseluruhannya, Set Family Wellness ini merujuk kepada keperluan setiap individu dalam sesebuah keluarga. Kesihatan adalah salah satu kepentingan dalam mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.

Set Family Wellness ini terdiri daripada vitamin-vitamin berikut:-

  • Vita-Lea (Multivitamin)
  • B-Complex
  • Sustained Release Vitamin C
  • ESP Soy Protein Isolate Powder


Antara kebaikan yang diperolehi daripada pengambilan vitamin-vitamin ini adalah:-

  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu mempertingkatkan tenaga seharian
  • Menguatkan sistem imun 
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Untuk mencuba produk-produk ini, sila hubungi saya di:
Call/Sms - 0102966449
Emel - mamadeeni@gmail.com
Add FB saya untuk chatting terus dengan saya Faznida Abdul Ghani
Like Fanpage saya mamadeeni's

Penafian : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday, September 10, 2013

Pentingkah Sarapan Pagi?

Kebanyakan kita tidak mengambil berat tentang pengambilan sarapan pagi. Ada yang berpendapat sarapan pagi boleh digabungkan dengan makan tengahari dek kerana kesibukan tugas seharian. Ada juga yang keliru, bilakah waktu sarapan sebenarnya dan bolehkah sarapan pagi disamakan dengan minum pagi?

Sarapan pagi adalah makan di antara pukul 7.00 pagi hingga selewat-lewatnya pukul 9.30 pagi. Seelok-elok sarapan pagi adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat yang mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin-bijirin yang dapat merangsang kecerdasan otak, dan diikuti dengan pengambilan minuman yang pastinya juga berkhasiat seperti minuman malt dan susu.

Pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat ini amat penting terutama kepada pelajar untuk memastikan keberkesanan pembelajaran dan penumpuan yang baik di dalam kelas. Bukan sahaja kepada pelajar, malahan sebagai pekerja, pengambilan sarapan pagi dapat mengekalkan tenaga seharian, kecerdasan minda dan kebaikan dalam tumpuan dan penyelesaian sesuatu masalah dengan baik. 

Kesan ketara apabila sarapan pagi diabaikan adalah otak dan minda kita tidak dapat memberikan tumpuan untuk satu jangkamasa yang panjang, kurang peka terhadap sesuatu, lambat tindakbalas, kekurangan gula di dalam darah dan akhirnya menyebabkan prestasi dan produktiviti menurun.

Oleh yang demikian, untuk mengekalkan tahap kecerdasan minda dan fikiran serta kecergasan diri setiap hari, pastikan anda mengambil sarapan setiap pagi. Ingat ya, sarapan pagi diambil di awal pagi, dan disusuli minum pagi sekitar jam 10-10.30 pagi. Untuk yang kesuntukan masa kerana mengejar masa (takut sangkut dalam kesesakan lalulintas, mesyuarat di awal pagi, dan sebagainya) boleh lah dapatkan Mighty 3 Gems daripada Shaklee.

Mighty 3 Gems ini mengandungi 3 jenis minuman yang dapat memberi kebaikan dan kelebihan sarapan pagi seperti yang saya nyatakan di atas, iaitu:-

  • Mealshakes
  • Performance Drink; dan
  • ESP (Energizing Soy Protein)


Dengan segelas minuman, anda mampu mendapat sarapan yang sangat-sangat berkhasiat.




Sunday, June 9, 2013

Offer Bulan Jun : Mealshakes Buy 6 Free 1

Assalamualaikum... bulan Jun ni, Shaklee berbesar hati nak buat offer untuk mealshakes pulak, seperti biasa beli 6 percuma 1. Boleh share dengan kawan2 yer, untuk dapatkan harga lebih murah...

Untuk yang taktau mealshakes ni untuk apa, jom kita cerita serba sedikit tentang mealshakes ni. Selalunya sebagai ibu, kita akan risau kalau anak-anak taknak makan, ataupun memilih makanan. Biasa la budak-budak kan, tetapi makanan berzat amatlah perlu untuk tumbesaran mereka. Oleh yang demikian, mealshakes ni, dengan izin Allah dapat membantu selera makan anak-anak. Tapi jangan salah faham, melashakes bukan khas untuk anak-anak sahaja tetapi juga untuk orang dewasa yang ingin meaikkan berat badan.

Selain daripada itu, mealshakes juga dapat membantu menguatkan sistem imunisasi anak-anak. Dengan pengambilan yang konsisten, anak-anak jarang dijangkiti demam, selsema, batuk dan sebagainya. 

Untuk yang berminat untuk mendapatkan mealshakes ni, boleh hubungi saya di 0122504899 atau di fb saya di sini. Harga istimewa dan konsultasi percuma dengan setiap pembelian.

Thursday, April 18, 2013

Set Kehamilan - Doa, Usaha, Ilmu & Tawakal

Coretan kali ini sekadar untuk berkongsi testimoni kawan2 yang pernah try set kehamilan Shaklee. Rezeki di tangan Tuhan, tapi kita mestilah berusaha juga dan disertai doa dan bertawakal kepada Tuhan.

Dengan Shaklee insya Allah, hasrat anda untuk bergelar ibu dan bapa ataupun yang ingin menambahkan zuriat, akan termakbul. Set mampu milik vitamin dan supplement ini adalah sangat penting untuk kesihatan dan kekuatan tubuh badan kita. Jom nak share cerita baik pengguna-pengguna yang telah mencuba set kesuburan Shaklee ni:-




Sesiapa yang berminat boleh la sms saya di 0122504899 ataupun emel ke faznida@ymail.com. 

ESP : NAK KURUS V. NAK GEMUK

Salam tengahari semua,

Rasanya kalau peminat-peminat supllement Shaklee mesti tau apa kelebihan dan fungsi ESP ni kan. Untuk yang baru nak mencari-cari tu, boleh godek2 cari dalam blog saya ni pun, ada dijelaskan serba sedikit tentang kelebihan dan kebaikan ESP ni. 

Sekadar untuk menambahkan ilmu kita untuk kesihatan bersama, sebenarnya ESP ni bukan untuk kuruskan badan saja ye. Kalau nak naikkan berat badan pun boleh juga. Cuma cara pengambilan saja yang berbeza. Jom kita tengok testimoni pengguna-pengguna ESP ni:-

1) Pengambilan ESP untuk menaikkan berat badan


2) Pengambilan ESP untuk menaikkan berat badan


Di samping menurunkan atau menaikkan berat badan, ESP jugak memberikan kesan baik yang lain kepada diri dan kesihatan anda.

Kalau berminat, anda boleh PM saya di 0122504899 atau emel adinzaf@yahoo.com.sg.

Monday, March 4, 2013

Ostematrix : Makanan untuk Tulang dan Gigi

Assalamualaikum...

Sangat lama tak jengah di sini dek kesibukan dan kekangan masa. Harap-harap masih ada yang sudi menjengah ke sini lagi ya...

Dah masuk Mac 2013, sekejap masa berlalu. Umur saya pun akan bertambah bulan ni. (Huhuhu...terasa diri semakin tua)... Umur banyak ni dikaitkan dengan tulang yang dah tak berapa nak kuat, gigi pun cepat rosak, betul tak. Risau kalau kesihatan kita tak mencapai tahap yang sepatutnya. Jadi harini, saya harap masih tak terlewat nak share kan dengan anda semua promo bulan Mac Shaklee. Vitamin yang pada saya, sangat best, iaitu Ostematrix atau bahasa mudahnya kalsium. 

Kalau orang kata tak cukup kalsium, mesti kita faham dan pernah dengar tentang penyakit Osteoporosis kan. Tapi bukan Osteoporosis saja kesan daripada ketidakcukupan kalsium dalam badan ya... Antaranya badan kita akan menjadi lemah, gigi cepat reput (kadang-kadang boleh patah kalau makan makanan keras-keras), kaki dan tangan terasa kebas-kebas, bangun pagi terasa sakit belakang (yang sangat tak best rasanya) dan sakit pinggang bila bangun dari duduk yang lama.

Kelebihan Ostematrix Shaklee ni sebabnya ianya juga mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan K yang mana membantu fungsinya lebih baik dan Vitamin D membantu penyerapan kalsium tersebut untuk tubuh badan kita. 

Siapa sepatutnya ambik Ostematrix ni?

Moh ler kita nengok senarai kat bawah ni, adakah kita termasuk dalam golongan sepatutnye ni...heheheh:-

1. Ibu-ibu mengandung - sebab apa ibu mengandung perlukan Ostematrix ni, sebabnya seorang ibu mengandung akan menyalurkan kalsium untuk bayi di dalam kandungannya. Jadi kalau badan sendiri pun tak cukup kalsium, macamana ibu tadi dapat salurkan kalsium yang cukup untuk bayinya. kesian baby tu kan. Jadi, perlu la kalsium tambahan.

2. Ibu-ibu yang menyusukan - macam saya... bukan saja sebagai "milk-booster", ostematrix dapat membantu ibu-ibu menyusu lebih kuat dalam menjalani kehidupan seharian. Siapa cakap menyusu ni tak penat? Sanagt penat tau, lagi2 kalau dok mengiring sampai setengah jam atau sejam untuk menyusu baby. Maunya cramp pinggang n kaki. Insya Allah dengan pengambilan Ostematrix, kekejangan dan kesakitan tu tak dirasai.

3. Kalsium adalah keperluan tubuh badan. Oleh sebab itu, kepada individu yang alah kepada susu dan hasil-hasil tenusu, boleh lah mendapatkan Kalsium dengan cara mudah melalui Ostematrix ini. Telan je 4 biji sehari, dah dapat kalsium untuk badan.

4. Individu yang mengalami sakit kaki, sakit tangan, sakit bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa kebas-kebas di tangan dan kaki.

5. Badan mudah berasa letih, kurang tidur yang menyebabkan sukar nak bangun di pagi hari.

6. Sakit kepala yang teruk.

7. Individu yang sedang menjalani fisioterapi - in shaa Allah dapat mempercepatkan proses pembaikpulihan.

8. Individu yang mempunyai rekahan-rekahan di tumit kaki.

9. Individu yang mengalami pra-haid yang teruk, rasa kembung dan moody.

Fungsi utama Ostematrix ni ialah membekalkan kalsium untuk tubuh badan kita dalam membina tulang dan gigi yang kuat di samping membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan membantu pengecutan otot dan saraf.

Promo dari 1-31 Mac 2013 ialah Ostematrix, beli 6 botol percuma 1 botol. Kalau taknak beli 6 botol tapi nak harga best, boleh pm saya di sini atau sms ke 0122504899.

Thursday, January 31, 2013

ESP : Memang tidak Menghampakan

Assalamualaikum...

Kalau tengok tajuk entri kali ni macam kelakar je bunyinye kan. Tapi itu lah yang saya nak share kan dengan pembaca Blog mamadeeni harini. Orang dok bercakap pasal ESP ni... Ada apa dengan ESP ni yer, sampai orang dok bercerita. Best sangat ke???

Ha... Kalau nak tau ada apa dengan ESP ni, kena la try. Sebabnya, pengguna-pengguna ESP kat luar sana dah tau apa kelebihan ESP ni. Kalau yang dah terlupa apa kebaikan ESP ni, atau yang masih belum tau, klik kat sini untuk membaca kelebihan dan kebaikan ESP.

Untuk ibu-ibu, tak kira la menyusu ataupun tak, sebenarnya sangat la sesuai dan patut ambik ESP. Bukan saja untuk membantu penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak, tetapi juga dapat memberi kesihatan yang baik dan kecantikan secara natural.

Apa kata testimoni kawan-kawan yang dah minum ESP ni... Jom kita baca.


Dan ni lagi...





Husband pun gembira bagi pihak isteri dan baby...

Banyak lagi tau kebaikan dan kelebihan ESP ni. Jom tengok lagi 2 testimoni ni.


Alhamdulillah, dengan izin Allah, seperti yang saya coretkan tadi, sihat dapat, cantik pun dapat...


Tak rugi sape-sape yang minum ESP ni. Kadang-kadang kita baca testimoni pengguna lain, tak sama dengan diri kita. mungkin kebaikan pada diri kita, lebih lagi. Jom try ESP. Ramai yang dah repeat order.

Kepada yang berminat, anda boleh dapat dengan harga istimewa. Cepat emel ke adinzaf@yahoo.com.sg atau sms ke 0122504899. 




Wednesday, January 16, 2013

Susu Meriah dengan ESP

Berbunga-bunga hati saya nak share dengan anda semua pembaca-pembaca blog mamadeeni ni. Harini saya dapat berita gembira dari sepupu saya. Sebelum ni, beliau susah hati sebab susu tiba-tiba merudum dan anak pulak memang fully minum susu badan sahaja... Oleh sebab tu, beliau terus nak beli ESP untuk membantu penghasilan dan meningkatkan susu badan. Alhamdulillah, syukur sangat2 kepada Ilahi, dengan izinNya jugak lah, selepas 3 hari consume ESP, hasilnya sangat memuaskan hati. Jom baca sikit pengalaman beliau.


Ibu gembira, baby lagi la gembira. Jadi ibu-ibu yang menyusu kat luar sana, jangan berlengah lagi... Berikan yang terbaik untuk anak anda.

Hubungi saya untuk set penyusuan yang sesuai dengan anda. Jika anda bajet, saya boleh membantu. Boleh hubungi saya di nombor 0122504899 atau emel di adinzaf@yahoo.com.sg. Boleh juga PM saya di  FB (klik di sini).

Tuesday, January 15, 2013

Inginkan Cahaya Mata?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat jugak saya mencoret di blog harini. Harini jom kita cerita sikit pasal anugerah Tuhan yang Maha Kuasa, anugerah terindah saya kira, iaitu cahaya mata.

Setiap yang mendirikan rumahtangga mesti nak cahaya mata kan. Alhamdulillah pagi Ahad yang lalu, saya mendapat seorang lagi anak buah.

Untuk yang belum mendapat anak, jangan lah bersedih hati. Mungkin Tuhan sedang menguji kita sebagai hambaNya. Tetapi sebagai hambaNYa, kita juga mesti berusaha untuk mendapatkan zuriat. Oleh yang demikian lah saya nak syorkan pembaca-pembaca blog ni, yang dah lama menanti untuk mendapat zuriat, tetapi masih belum ada rezeki, jom cuba set kesuburan yang ada dengan Shaklee ni. 

Set Kesuburan ni terdiri daripada set D, yang juga untuk kecantikan wanita, luaran dan dalaman. Namun, mengikut situasi, ada yang kena consume GLA juga yer... Untuk suami pulak dicadangkan vitamin E dan zinc. Jom tengok testimoni skit...




Gembiranya mendapat berita macam kawan-kawan kita ni kan... Inshaa Allah anda diluar sana, yang masih belum berjaya, usaha tangga kejayaan. Insha Allah anda juga akan berjaya seperti kawan-kawan kita di atas ni.

Untuk yang berminat, boleh sms atau call saya di 0122504899 ataupun emel ke adinzaf@yahoo.com.sg. Dengan setiap pembelian, saya sedia memberi konsultasi percuma untuk anda.

Wednesday, January 9, 2013

Kepentingan Asid Folik kepada Ibu Hamil dan Ibu yang Merancang untuk Hamil

Assalamualaikum...

Dah lama jugak saya tak jenguk ke sini. Sedikit sibuk dengan urusan keluarga. Harini saya terbaca satu artikel, dan saya rasa saya perlu share dengan kawan-kawan, kaum hawa diluar sana. Luangkan sedikit masa anda untuk membaca artikel daripada Dr. Zubaidi ni yer... Klik je link kat bawah ni.

Anak Lahir Tanpa Tempurung Kepala [Kredit untuk Dr Zubaidi]

Sebagai seorang ibu yang mengandung, sudah tentu kita ingin melahirkan zuriat yang sihat dan cukup sifat. Setiap kali mengusap perut kita akan mendoakan kebaikan kepada anak di dalam kandungan dan semoga mudah melahirkannya nanti. 

Oleh yang demikian, kepada ibu-ibu yang sedang mengandung dan yang merancang untuk hamil, anda digalakkan untuk mengambil bekalan asid folik yang mencukupi untuk kesihatan diri dan juga anak yang sedang atau bakal dikandung nanti. 

Berdasarkan pengalaman saya, saya memang tak boleh nak telan pil asid folik yang diberi oleh Klinik Kesihatan. Kalau saya paksa telan tu, boleh menyebabkan saya pening dan mc lah satu hari...heheheh. Untuk ibu-ibu yang sedang mengandung dan yang merancang untuk mengandung, elok lah anda dapatkan B-Complex Shaklee. Jom baca sikit info tentang vitamin B-Complex Shaklee ni.


Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu       tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Kandungan untuk sebotol adalah 120 pil 


Untuk yang ingin bertanyakan atau mendapatkan stok anda, boleh emel saya di adinzaf@yahoo.com.sg atau sms/call ke 0122504899 atau like page mamadeenis dan boleh PM saya di situ :)

Wednesday, January 2, 2013

Joint Health Tablet

Tengok jer gambar vitamin ni, mesti saya teringat mak saya. Mungkin saya juga akan memerlukannya sikit hari lagi :)... 

Vitamin ni bukan untuk warga emas saja yer... sesuai untuk semua umur. Maksud saya kat atas tu, sebab mak ayah atuk dan nenek kita kan selalu sakit lutut dan sewaktu dengannya. Sebab tu lah apabila tengokvitamin ni, pemikiran dan ingatan lebih kepada mereka.

Kalau anda semua pun macam saya, apa kata kita belikan vitamin ni, dan hadiahkan kepada kedua ibu bapa kita. 

Apa kelebihan Advanced Joint Health Tablet ni?

Pertama
Ianya dapat menyokong sendi-sendi di dalam tubuh badan kita. Ekstrak Bowellia yang terkandung di dalam vitamin ini dapat menghalang pembentukan bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang akan menyebabkan ketidakselesaan kepada sendi-sendi.

Kedua
Memelihara tulang rawan dan meningkatkan sokongan kepada tulang-tulang sendi. Ekstrak jagung yang terkandung di dalam vitamin ini dapat membekalkan sumber yang pekat dengan glukosamina yang merupakan komponen utama untuk pembinaan tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi yang menghilangkan kesakitan ketika pergerakan sendi berlaku.

Ketiga
Vitamin ini juga mengandungi Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C yang berfungsi sebagai nutrien sokongan kepada kolagen dan komponen tisu-tisu lain yang memberikan struktur yang kuat kepada sendi-sendi kita.

Apa yang menarik tentang Advanced Joint Health Tablet ini ialah ianya 100% organik, menggunakan tumbuhan dan berasakan mineral.

Jom kita tengok apa kata pengguna-pengguna vitamin untuk sendi ni...





Bukan saja sesuai dijadikan hadiah untuk kedua ibu bapa kita, malah ada kegunaannya untuk diri kita sendiri. Yang penting, kesihatan kita sentiasa di tahap optima. Sesiapa yang berminat boleh sms/call saya di 0122504899 atau PM saya di FB dengan menekan button My Facebook kat bawah blog ni.