Thursday, September 19, 2013

Mudahnya Nak Kurus!!!

Kiri ke kanan? :)

Betul ke mudah? Mesti persoalan ni terngiang-ngiang di kepala kan...

Jom kita tengok apa kata pengguna-pengguna yang tegar dengan Shaklee ni:-


Dengan hanya mengamalkan Alfalfa Complex dan Lecithin sahaja, berat badan boleh turun. Boleh percaya ke?

Ni pulak antara kesan bila kita ambil Lecithin dan Alfalfa Complex. Tak mustahil la berat badan boleh kurus kan, sebab sistem pembuangan tubuh badan kita akan lebih terurus. 

Antara fungsi utama Alfalfa Complex Shaklee ni adalah dapat membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol dalam badan kita. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa complex ini akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Manfaat utama Lecithin pula adalah berfungsi untuk pemecahan lemak dan kolestrol kerana Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah. Ianya juga dapat membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh kita.

Selain daripada itu, Lecithin juga adalah untuk pelangsingan badan. Ianya dapat menghalang obesiti dan pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Daripada fungsi yang dinyatakan di atas, jelas dan nyata kedua-dua vitamin ini bukan sahaja dapat membantu melangsingkan badan, tetapi juga untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan yang diinginkan. Pengurangan kolestrol juga sudah tentu mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik.

Berminat untuk mencuba?

Call/sms saya di 010-2966449;
Emel saya di mamadeeni@gmail.com;
Add FB saya Faznida Abdul Ghani
Like fanpage saya Mamadeeni's

Konsultasi percuma dan berterusan untuk pelanggan saya.















Sunday, September 15, 2013

Slim dengan Shaklee

Dah lepas raya ni, ramai yang risau sebab berat badan naik. Insya Allah bulan depan, umat Islam akan sambut Raya Haji aka Raya Korban pulak kan. daripada berat badan terus menerus naik, boleh la try produk Shaklee untuk mengawal berat badan. 

Istimewanya Shaklee ni, untuk ibu-ibu menyusu pun ada set slimming. Jadi janganlah risau kalau anda menyusu, dan inginkan berat badan yang ideal, saya boleh bagi panduan. Secara amnya, set slimming Shaklee ni ada beberapa produk seperti senarai di bawah:-

1) Untuk Detox

Untuk mendapatkan kesan yang diingini, kena la detox dulu badan kita. Detox ni adalah proses membuang segala toksin, lemak-lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus kita.Apabila dah bersih, barulah mudah untuk badan kita menyerap nutrien-nutrien berzat untuk keperluan tubuh badan pada tahap yang optimum.

Terdapat 2 pilihan untuk proses detox, iaitu Alfalfa Complex ataupun Herb-Lax.


 Sekiranya anda mengalami masalah sembelit, Herb-Lax adalah pilihan yang sesuai untuk detox. Tetapi sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan, tidak digalakkan mengambil Herb-Lax kerana bimbang berat bayi tidak bertambah.

Bagi yang tidak mempunyai masalah sembelit, boleh lah mengambil Alfalfa Complex.










2) Menyahkan lemak-lemak

Untuk membuang lemak-lemak yang telah didetox oleh Herb-Lax/Alfalfa Complex di atas, tubuh kita memerlukan Lecithin ataupun Omega Guard. Kedua-duanya memberikan fungsi yang sama. Akan tetapi harganya berlainan. Yang tinggi harganya, lebih cepat la kesannya :)

 Omega Guard ni mempunyai fungsi lain juga selain daripada menguruskan badan. Antara kebaikan Omega Guard adalah:

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memelihara fungsi sendi dan mengurangkan sakit sendi
  • DHA di dalam Omega Guard ini penting untuk kecerdasan otak. Sebab tu ibu-ibu mengandung di trimester ketiga digalakkan untuk mengambil Omega Guard ini. Nanti anak yang bakal lahir, Insya Allah bijak.
  • Meningkatkan sistem imun badan; dan lain-lain lagi. Nanti saya sharekan kebaikan dan kelebihan lain Omega Guard ini ye.


Lecithin yang juga dikenali sebagai "pengemulsi semulajadi" kerana ianya mempunyai kesan untuk melekat dengan lemak. Oleh itu, lemak-lemak akan terapung di dalam darah dan mudah dinyahkan dari badan dan tidak melekat pada membrane. Lecithin amat diperlukan untuk badan yang sihat, tetapi badan kita tidak menghasilkannya. Oleh yang demikian, perlulah kita mengambil supplement ini supaya badan kita dapat mengawal lemak-lemak yang tak diperlukan oleh tubah badan.




3) Protein

Untuk protein juga, ada dua pilihan.

ESP ni sesuai diambil oleh ibu yang menyusukan. Jangan ambil Cinch ye. Tambahan lagi, ESP ini dapat membantu penghasilan susu badan.
Bagi yang tidak menyusukan, bolehlah try Cinch Shake ni. Ada 3 perisa pilihan iaitu Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate. 








Insya Allah, dengan gabungan 3 jenis produk di atas, anda boleh mendapatkan berat badan yang ideal. Jom kita tengok pengguna-pengguna yang dah try produk ni.



Berminat nak cuba? Sila hubungi saya di:
Call/Sms - 0102966449
Emel - mamadeeni@gmail.com
Add FB saya untuk chatting terus dengan saya Faznida Abdul Ghani
Like Fanpage saya untuk update-update terbaru Mamadeeni's





Family Wellness Set - Keperluan Untuk Kesihatan Keluarga

Secara keseluruhannya, Set Family Wellness ini merujuk kepada keperluan setiap individu dalam sesebuah keluarga. Kesihatan adalah salah satu kepentingan dalam mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.

Set Family Wellness ini terdiri daripada vitamin-vitamin berikut:-

  • Vita-Lea (Multivitamin)
  • B-Complex
  • Sustained Release Vitamin C
  • ESP Soy Protein Isolate Powder


Antara kebaikan yang diperolehi daripada pengambilan vitamin-vitamin ini adalah:-

  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu mempertingkatkan tenaga seharian
  • Menguatkan sistem imun 
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Untuk mencuba produk-produk ini, sila hubungi saya di:
Call/Sms - 0102966449
Emel - mamadeeni@gmail.com
Add FB saya untuk chatting terus dengan saya Faznida Abdul Ghani
Like Fanpage saya mamadeeni's

Penafian : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday, September 10, 2013

Pentingkah Sarapan Pagi?

Kebanyakan kita tidak mengambil berat tentang pengambilan sarapan pagi. Ada yang berpendapat sarapan pagi boleh digabungkan dengan makan tengahari dek kerana kesibukan tugas seharian. Ada juga yang keliru, bilakah waktu sarapan sebenarnya dan bolehkah sarapan pagi disamakan dengan minum pagi?

Sarapan pagi adalah makan di antara pukul 7.00 pagi hingga selewat-lewatnya pukul 9.30 pagi. Seelok-elok sarapan pagi adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat yang mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin-bijirin yang dapat merangsang kecerdasan otak, dan diikuti dengan pengambilan minuman yang pastinya juga berkhasiat seperti minuman malt dan susu.

Pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat ini amat penting terutama kepada pelajar untuk memastikan keberkesanan pembelajaran dan penumpuan yang baik di dalam kelas. Bukan sahaja kepada pelajar, malahan sebagai pekerja, pengambilan sarapan pagi dapat mengekalkan tenaga seharian, kecerdasan minda dan kebaikan dalam tumpuan dan penyelesaian sesuatu masalah dengan baik. 

Kesan ketara apabila sarapan pagi diabaikan adalah otak dan minda kita tidak dapat memberikan tumpuan untuk satu jangkamasa yang panjang, kurang peka terhadap sesuatu, lambat tindakbalas, kekurangan gula di dalam darah dan akhirnya menyebabkan prestasi dan produktiviti menurun.

Oleh yang demikian, untuk mengekalkan tahap kecerdasan minda dan fikiran serta kecergasan diri setiap hari, pastikan anda mengambil sarapan setiap pagi. Ingat ya, sarapan pagi diambil di awal pagi, dan disusuli minum pagi sekitar jam 10-10.30 pagi. Untuk yang kesuntukan masa kerana mengejar masa (takut sangkut dalam kesesakan lalulintas, mesyuarat di awal pagi, dan sebagainya) boleh lah dapatkan Mighty 3 Gems daripada Shaklee.

Mighty 3 Gems ini mengandungi 3 jenis minuman yang dapat memberi kebaikan dan kelebihan sarapan pagi seperti yang saya nyatakan di atas, iaitu:-

  • Mealshakes
  • Performance Drink; dan
  • ESP (Energizing Soy Protein)


Dengan segelas minuman, anda mampu mendapat sarapan yang sangat-sangat berkhasiat.