Friday, December 28, 2012

Pahala Seorang Ibu

Assalamualaikum pembaca-pembaca blog mamadeeni. Salam Jumaat untuk kalian semua. di penghulu segala hari ni, saya nak share sedikit ilmu untuk kita bersama.


  • Kalau wanita menyusui anaknya cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang membawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya.
  • Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat 'satu pahala' daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, dia akan peroleh pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  • Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan beri satu pahala haji.
  • Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberinya 12 tahun pahala ibadat.


Besarkan ganjaran yang Allah janjikan untuk kita sebagai wanita, isteri dan ibu. Oleh itu, bersabarlah dalam apa jua keadaan (berpersan kepada diri sendiri juga). Semoga kita sama-sama mendapat ganjaran pahala daripada Allah dan menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.

No comments:

Post a Comment