Tuesday, September 10, 2013

Pentingkah Sarapan Pagi?

Kebanyakan kita tidak mengambil berat tentang pengambilan sarapan pagi. Ada yang berpendapat sarapan pagi boleh digabungkan dengan makan tengahari dek kerana kesibukan tugas seharian. Ada juga yang keliru, bilakah waktu sarapan sebenarnya dan bolehkah sarapan pagi disamakan dengan minum pagi?

Sarapan pagi adalah makan di antara pukul 7.00 pagi hingga selewat-lewatnya pukul 9.30 pagi. Seelok-elok sarapan pagi adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat yang mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin-bijirin yang dapat merangsang kecerdasan otak, dan diikuti dengan pengambilan minuman yang pastinya juga berkhasiat seperti minuman malt dan susu.

Pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat ini amat penting terutama kepada pelajar untuk memastikan keberkesanan pembelajaran dan penumpuan yang baik di dalam kelas. Bukan sahaja kepada pelajar, malahan sebagai pekerja, pengambilan sarapan pagi dapat mengekalkan tenaga seharian, kecerdasan minda dan kebaikan dalam tumpuan dan penyelesaian sesuatu masalah dengan baik. 

Kesan ketara apabila sarapan pagi diabaikan adalah otak dan minda kita tidak dapat memberikan tumpuan untuk satu jangkamasa yang panjang, kurang peka terhadap sesuatu, lambat tindakbalas, kekurangan gula di dalam darah dan akhirnya menyebabkan prestasi dan produktiviti menurun.

Oleh yang demikian, untuk mengekalkan tahap kecerdasan minda dan fikiran serta kecergasan diri setiap hari, pastikan anda mengambil sarapan setiap pagi. Ingat ya, sarapan pagi diambil di awal pagi, dan disusuli minum pagi sekitar jam 10-10.30 pagi. Untuk yang kesuntukan masa kerana mengejar masa (takut sangkut dalam kesesakan lalulintas, mesyuarat di awal pagi, dan sebagainya) boleh lah dapatkan Mighty 3 Gems daripada Shaklee.

Mighty 3 Gems ini mengandungi 3 jenis minuman yang dapat memberi kebaikan dan kelebihan sarapan pagi seperti yang saya nyatakan di atas, iaitu:-

  • Mealshakes
  • Performance Drink; dan
  • ESP (Energizing Soy Protein)


Dengan segelas minuman, anda mampu mendapat sarapan yang sangat-sangat berkhasiat.




No comments:

Post a Comment